ADA APA DENGAN PANDAN MEWAH

Bloogz

 

Sunday, February 12, 2006

Gerbang Komuniti Pandan Mewah


Terbaru!!! kami telah menyediakan GERBANG KOMUNITI PANDAN MEWAH namun Informasinya masih sedikit untuk dikongsi Bersama, Jadi Kami mengalu-alukan kepedulian anda dilingkungan ini. Terima Kasih Dari Kami.
KLIK SINI

Pandan Mewah oh Pandan Mewah

 

Friday, June 24, 2005

Informasi Pandan Mewah..


Kami telah menyediakan ruangan baru untuk penduduk Pandan Mewah.


Sudut Informasi Pandan Mewah

Terdiri daripada beberapa pecahan perkara diantaranya adalah
1. Pengalaman Pahit semasa tinggal di Pandan Mewah.
2. Perniagaan di Pandan Mewah.
3. Bilik untuk disewa di Pandan Mewah
4. Komplain anda mengenai Pandan Mewah.
5. Pertanyaan berkaitan di Pandan Mewah.
6. Komen Anda Sebagai Penduduk Pandan Mewah.
7. Rumah Sewa di Pandan Mewah.
Sila Hubungi saya di.
pandan_mewah@yahoo.com

Pandan Mewah oh Pandan Mewah

 

Tuesday, May 31, 2005

Aktiviti yang wujud di Pandan Mewah

Sekarang ini setelah saya tinggalkan Pandan Mewah nampaknya keadaan sekarang menjadi lebih aman den tenteram. Tempoh hari saya ada membuat rancangan untuk menubuhkan persatuan penduduk Pandan Mewah. Dengan adanya persatuan ini maka nasib penduduk disini akan terbela. Saya ingin melantik diri saya sebagai Pengerusi dan akan memegang kawasan ini. Cita-cita saya adalah untuk menjadi berkuasa disini. Tapi sayang Mat Noor Kimak - Itulah gelaran yang sesuai untuknya telah mengangu kami. Ia memanggil polis dan MPAJ berpangkat rendah untuk menunjuk-nunjuk kekuasaannya. Seperti biasa kami yang rata-rata masih baru terpaksai bersuarai. Saya sebagai pemerhati dari belakang sahaja dan pada hari itu saya berada diatas bangunan untuk melihat secara jauh.
Pada sejarahnya saya agak baik dengannya namun ada salah faham antara kami menyebabkan pergaduhan antara kami sampai masuk ke NTV7, saya seorang yang tidak boleh disuruh dan berEgo tinggi, si tua kutuk lahanat juga begitu. Saya ada kumpulan samseng dimana geng saya adalah kawan anak saya dan dia jugak begitu. Tapi yang kelakarnya geng anaknya agak penakut sedikit berbanding dengan geng anak saya. Saya tak kira sesiapa pun kalau saya nak pukul saya pukul. Maklumlah untuk memukul orang tiada masaalah kerana jika "mereka" ini tidak mahu mengikut telunjuk saya maka "tiadalah diskaun" he he he....
Semasa menjual nasi lemak dahulu saya rasa perniagaan masih kurang. Dengan perniagaan yang serba kurang itu saya berfikir untuk mengembangkan perniagaan saya dengan menambah apa yang patut. Saya mempunyai ramai musuh dan bagaimana hendaknya untuk mengembangkannya. Setelah itu saya "terpaksa'" menjadi balaci atau kuli batak pada manusia bernama Mat Noor Kimak ini. Walaupun terpaksa melanggar prinsip tapi itulah yang terbaik buat diri saya ketika itu. Memang sifat semula jadi saya yang suka berpura-pura untuk kepentingan diri sendiri. Walaupun disuruh mencuri saya sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri. Berbaik dengan Mat Noor Kimak ini adalah jalan terbaik untuk menumpang pondok buruk yang didirikannya. 'Daripada kosong lebih baik gunakkan sebaik mungkin' -

Pandan Mewah oh Pandan Mewah

 

Saturday, May 28, 2005

Asal usul Pandan Mewah

Asal usulnya berkisar pada masa saya tinggal di Pandan Mewah ini. Saya antara orang yang pertama mendiami kawasan ini dimana tiada orang lain ditempat ini lagi. Terdapat kira-kira beberapa keluarga yang menetap disini dan bermulalah episode saya menjual nasi lemak. Pandan Mewah ini memang kawasan berpontensi bagi aktiviti pernigaan berunsurkan perniagaan makanan, runcit, Wartel (Kiosk telefon VOIP) Servis komunikasi keluar negara dengan kos murah, dan berbagai lagi bersangkutan dengan kehidupan bagi pekerja-pekerja asing ini. Berbagai bangsa menetap dikawasan ini. Pandan Mewah ini menjadi rebutan kepada seorang ahli politik yang MAHU kawasan ini menjadi miliknya. Dahulu saya seorang penjual nasi lemak dikawasan ini yang mengunakkan stall (warung tepi jalan). Saya sememangnya bencikan persaingan dan tidak suka orang lain menjalankan perniagaannya dikawasan ini, Tidak kira siapa jika ada orang ingin berniaga... Saya akan mengugutnya agar menutup warungnya. Jika mereka ini berniaga maka, akan terjejaslah perniagaan saya. Tidak kira siapa jika mereka melawan akan saya pukul orang-orang ini dengan memangil kawan-kawan anak saya untuk membantu. Jika tak, 'takderlah diskaun ganja'.
Pada masa yang sama saya tidak suka juga pada seorang yang mengaku dirinya sebagai datuk. Pandan Mewah ini ada seorang lelaki tua yang bergerak aktif dalam arena politik. Cita-citanya adalah satu ingin menjadikan kawasan Pandan Mewah ini sebagai kawasan asing dalam pembentukan cawangan Umno yang baru. Jika tercapai cita-cita ini, maka kawasan ini akan menjadi miliknya dan mempunyai hak-hak istimewa atas apa-apa jua kehendak hatinya. Kawasan ini tidak lama lagi akan ada sebuah hospital yang akan didirikan. Dengan adanya hospital ini, maka potensi kawasan untuk mencari duit akan lebih cerah dan bermakna. Pasar malam yang dahulunya untuk penduduk Pandan Mewah telah dikutip oleh, Tukang bersihnya di "kontrakkan kepada anaknya". Kuli-kulinya dikalangan rakan sebayanya. kebersihan? Jangan ceritalah pantang ada hujan lebat sikit, habis banjir di Blok 1 tuh. Bukan apa saya melihat banyak kereta-kereta tengelam jika empunya kereta tidak sedar. Tak perlu hujan yang lebat untuk merugikan pemilik kereta malang itu. Ini kerena sampah pasar malam yang tidak dibersihkan sebaik mungkin ditambah timbunan sampah yang disorokkan di merata-rata tempat menyumbat lubang air terbabit.

Pandan Mewah oh Pandan Mewah

                       

eTraffic Blaster Partner Directory