ADA APA DENGAN PANDAN MEWAH

Bloogz

 

Saturday, May 28, 2005

Asal usul Pandan Mewah

Asal usulnya berkisar pada masa saya tinggal di Pandan Mewah ini. Saya antara orang yang pertama mendiami kawasan ini dimana tiada orang lain ditempat ini lagi. Terdapat kira-kira beberapa keluarga yang menetap disini dan bermulalah episode saya menjual nasi lemak. Pandan Mewah ini memang kawasan berpontensi bagi aktiviti pernigaan berunsurkan perniagaan makanan, runcit, Wartel (Kiosk telefon VOIP) Servis komunikasi keluar negara dengan kos murah, dan berbagai lagi bersangkutan dengan kehidupan bagi pekerja-pekerja asing ini. Berbagai bangsa menetap dikawasan ini. Pandan Mewah ini menjadi rebutan kepada seorang ahli politik yang MAHU kawasan ini menjadi miliknya. Dahulu saya seorang penjual nasi lemak dikawasan ini yang mengunakkan stall (warung tepi jalan). Saya sememangnya bencikan persaingan dan tidak suka orang lain menjalankan perniagaannya dikawasan ini, Tidak kira siapa jika ada orang ingin berniaga... Saya akan mengugutnya agar menutup warungnya. Jika mereka ini berniaga maka, akan terjejaslah perniagaan saya. Tidak kira siapa jika mereka melawan akan saya pukul orang-orang ini dengan memangil kawan-kawan anak saya untuk membantu. Jika tak, 'takderlah diskaun ganja'.
Pada masa yang sama saya tidak suka juga pada seorang yang mengaku dirinya sebagai datuk. Pandan Mewah ini ada seorang lelaki tua yang bergerak aktif dalam arena politik. Cita-citanya adalah satu ingin menjadikan kawasan Pandan Mewah ini sebagai kawasan asing dalam pembentukan cawangan Umno yang baru. Jika tercapai cita-cita ini, maka kawasan ini akan menjadi miliknya dan mempunyai hak-hak istimewa atas apa-apa jua kehendak hatinya. Kawasan ini tidak lama lagi akan ada sebuah hospital yang akan didirikan. Dengan adanya hospital ini, maka potensi kawasan untuk mencari duit akan lebih cerah dan bermakna. Pasar malam yang dahulunya untuk penduduk Pandan Mewah telah dikutip oleh, Tukang bersihnya di "kontrakkan kepada anaknya". Kuli-kulinya dikalangan rakan sebayanya. kebersihan? Jangan ceritalah pantang ada hujan lebat sikit, habis banjir di Blok 1 tuh. Bukan apa saya melihat banyak kereta-kereta tengelam jika empunya kereta tidak sedar. Tak perlu hujan yang lebat untuk merugikan pemilik kereta malang itu. Ini kerena sampah pasar malam yang tidak dibersihkan sebaik mungkin ditambah timbunan sampah yang disorokkan di merata-rata tempat menyumbat lubang air terbabit.

9 comment(s):

ntahlah org nie macam org tak siuman buat web...

By Anonymous Anonymous, at 3:38 AM  

ko ni bior betul, setelah aku baca blog ni memula kesian pun ada, tapi pastu naik meluat plak... ko ni macam tak betul je macam mana nak bagi sokongan...

By Anonymous Anonymous, at 8:52 AM  

betul atau tak betul tolonglah di perbetulkan..........
tapi aku sokong..100%
Kalau tak taak nak tahu aktiviti sihat,tak sikat kat kawasan sendiri

By Blogger PandanTree, at 2:57 PM  

Majlis Rumah Terbuka kat Surau pandan mewah,bayaran RM50/
28/11/05

By Anonymous Anonymous, at 4:14 PM  

Betul ke semua maklumat pandan mewah ni? saya akan berpindah ke situ apabila hospital mula beroperasi nanti.

By Anonymous Anonymous, at 1:22 PM  

Sebenarnya kisah ini sudah biasa didengari dikawasan ini, bagi yang baru memang merasa pelik tapi jika yang sudah mengetahuinya bukan menjadi isu lagi di sini.

By Anonymous abg_latiff, at 10:24 PM  

eh...aku duk kat pandan mewah depan projet tuh tapi ok jerk!!! aku bahagia jerk!!!tapi umah flat kat ctu banyak indon!!!

By Anonymous Anonymous, at 6:19 PM  

bukakla kedai mamak kat ctu yg tepi jalan depan projet tuh bru best!!!

By Anonymous Anonymous, at 6:21 PM  

Pakcik ni jealous org lain berniaga. Nasi lemak dia tak sedap la tu hehehe

By Anonymous Anonymous, at 9:34 PM  

Post a comment           

<< Home

Pandan Mewah oh Pandan Mewah

                       

eTraffic Blaster Partner Directory